Feb 28, 2011

EGG TART


Sedap tart telur ni. Tapi sayang boleh letak sikit aje egg filling sbb acuannya kecik. Resepinya saya ambil kat sini.

Feb 7, 2011

TEA COSY

Tea cosy ni saya jahit sebab ikut projek "Jom Jahit" by tinihani.com. Saya buat simple je tapi saya letak piping sbb nak praktis cara jahitan. Dah lama belajar tapi tak praktis. Jadi ni lah peluangnya nak ulangkaji.
Tea cosy ni merupakan item bukan baju yg saya berjaya siapkan. Byk item lain yg jadi projek terbengkalai dan sekarang dalam proses nak siapkan semuanya. Kenapa terbengkalai? Sebab jenuh nak kena quilting, jahit applique bagai..tu sebab lah jahit separuh jalan..pastu simpan..

Saya juga dah teruja utk jahitkan topi selepas tengok koleksi topi2 comel yg telah dijahit. Fabrik ni beli kat KAMDAR. Tapi teruk jugak nak jahit topi nak kena jelujur dgn tangan dulu baru jahit mesin. Kalau tak ..hmmm...senget benget n berkedut2 jadinya. Apa2 pun seronok bila tengok hasilnya.