Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Apr 11, 2010

SOUR CREAM CAKE


Ingredients:
1 3/4 C all purpose flour
1 3/4 C castor sugar
3/4 C cocoa powder
1 1/2 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp salt
2/3 C butter
16 oz dairy sour cream (+- 454g)
2 eggs
1 tsp vanilla essence
Fudge frosting (untuk hiasan)

1. Panaskan oven. Gris loyang 13"x9"x2"
2. Ayak tepung, koko, baking soda dan baking powder serta garam
3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan sour cream dan vanilla. Kacau sebati dan masukkan bahan2 kering. Kacau hingga sebati.
5. Bakar selama 40 minit dgn suhu lebih kurang 180 darjah selsius

Apr 2, 2010

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Paling penting nak buat kek ni... putih telurnya mesti naik bertanduk. Maksudnya bila kita angkat pemukul tu, telur tu juga akan terangkat dan tak jatuh. Kalau putih telur tak kembang, jgn harap kek ni nak jadi.
Nak bagi telur ni kembang, pastikan tak bercampur dengan kuning telurnya, bekas tak berminyak ataupun basah.
Jadi, apa yang berlaku semalam ialah, kuning telur pecah dan masuk ke dalam bekas putih telur. Dah keluarkan setakat yang boleh tapi masih ada lagi saki bakinya. Dan hasilnya, memang tak memuaskan -putih telur tak kembang seperti yang sepatutnya. So kek pun tak jadi sangat. Tapi, rasanya tetap sedap. Itu dah cukup bagus ;)

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
2 sb jus lemon
1/4 sk garam
60g tepung kek/ superfine (kalau tak ada, tepung biasa pun boleh)
20g tepung jagung

Bahan B
120g gula pasir
6 biji putih telur
1/4 sk cream of tartar / 3/4 sk jus lemon

Cara-caranya:
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Sejukkan.
Kemudian masukkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan creamcheese tadi & gaul ingga sebati.
2. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula & pukul lagi sehingga bertanduk (soft peak).
3. Campur adunan (1) kedalam adunan (2) yang gebu dan kacau sebati. Sediakan bekas kek yang bulat 8" yang digris bawahnya dan bahagian tepinya di salut dgn 'baking paper' (kertas minyak kot). Tuang adunan kek ke dalam bekas.
4. Bakar kek kira2 satu jam dgn cara 'water bath' pada 160 darjah selsius.


Dec 2, 2009

ANOTHER YEAR HAS PASSED

What have I accomplished this whole year? Not much. However, I managed to sign up for sewing class and I've sewing my own baju raya. I've 3 more modules to go: kurung moden, kebaya tradisional and blouse. I hope to finish them all soon. At the moment, I also am learning how to do patchwork and quilting. I've a lot of projects to do. So far, I've already started 3 and almost finished 2 of them.

Now I spend most of my free time sewing, apart from reading. Last month, I was quite busy with sewing that I managed to read only one book. I'm still halfway through my second book. Hope to finish reading it this weekend so that I can start reading new ones for December.

Two weeks ago, I managed to bake cupcakes for my cousin's birthday. Those were simple ones with choc topping and simple deco. Hope to be able to bake my own birthday cake.

Oct 14, 2009

CUP CAKES N FANCY COOKIES

Dah lama teringin nak belajar deco-deco kek ni. Oleh kerana tak kreatif kan, so kenalah berguru utk dapatkan sedikit sebanyak petua. Jadinya, hari Ahad lepas (11 Okt 09) saya sign up kelas deco cup cakes ni. Sanggup drive sendiri ke Bangi ke rumah Pn Liana (cikgunya). Nasib baik jumpa rumah dia. Asalnya kelas kol 1pm. Tapi ramai org pergi beraya weekend2 ni so kelas yg 1st habis awal sbb sorang je yg join. Jd 2nd kelas ni nak mula kol 11am. Tapi jadi 11.30 sbb dari rumah saya ke Bangi tu jauh gak la. Dpt info lambat. Tapi tak pe. We had a lot of fun decorating the cupcakes and the cookies. Pendek kata "Sedap di mata sedap di lidah" lah kek dan biskut tu. Hmmmm...yummie...jemput makan...

Feb 27, 2009

DURIAN CHEESE CAKE

Saya memang suka kek. kek coklat, kek keju, kek sarang semut, kek karot..antara feveret saya. Masa dinner tadi, depa hidang kek keju durian. Hmmm...yummy..nyesal lak ambil skit. Seddap sangat. Nak tambah malu kat org2 lain yg dok semeja...depa makan sikit je. I je bangun berkali-kali...hmmmm....(nampak gayanya kalau macam ni lah cara makannya...misi ni kurang berjaya..)

ni contoh durian cheese cake ambil dari internet....hmmmm..bestnya


Jan 13, 2009

KEK KOPI

Dapat resepi kek ni dr majalah SAJI. Nampak senang je buat kek ni ... tak perlu nak pukul telur sampai kembang ke apa...main gaul je semua..macam nak buat lempeng je... rasanya boleh tahan le..macam biasa saya kurangkan sukatan gula...kalau manis sangat..rasa tak leh nak telan ... tersekat di kerongkong... hari ni dah bawa ke ofis... sekejap je abis..maklum le.. orang ramai... sorang sekeping...hah..habis semua...
kek ni rasanya berempah skit sbb masukkan serbuk kulit kayu manis dan serbuk buah pala..sesaper yang tak minat buah pala tu mungkin tak suka makan kek ni..tapi kat dalam dia choc cip...kira macam penyelamat rasa..tak de la rasa "exotic" sangat...
Lupa nak ambil gambar...tapi ....bekas kosong ada ler... ;-)

Nov 20, 2008

CHEDDAR CHEESE CAKE

Dalam usaha nak menghabiskan cheddar cheese (lebihan biskut raya) sebelum ianya rosak saya try cari resepi kek yang guna cheese ni. Saya terus cari kat resepidiana. Jumpa lah resepi kek ni. Dgn semangat yg berkobar2 pagi2 lagi dah masuk dapur. Dan inilah hasilnya:



Untuk kek ni saya dah modify skit resepinya. Saya kurang kandungan gula kepada 200gm sahaja dan saya gunakan susu cair, bukannya susu segar.
Rasanya memang sedap (sekalipun ianya bukan resepi 5 bintang) cuma berminyak sangat. Mungkin sebab saya sapu mentega kat loyang tu instead of letak kertas minyak. So next time, kena ingat untuk lapik loyang dgn kertas minyak supaya kek kurang berminyak.
Masa kunyah tu memang best especially kalau terkunyah cheddar cheese tu. Hmmm..yummy..
Untuk sesiapa yang nak cuba buat kek ni, dipersilakan..sekiranya anda peminat cheese saya rasa anda tak kan kecewa. Oh, ya! Saya juga dah lebihkan sukatan cheese kepada 150g/180g. Tu semua gara-gara nak habiskan cheese sebelum dia rosak. Nanti membazir pulak.
Saya perturunkan resepinya di sini:

CHEDDAR CHEESE CAKE

Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-Bahannya:-
250 g mentega
230 g gula halus (saya kurangkan jadi 200gm je)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
80 g parutan keju cheddar (Smile put more and buat tabur kat atas kek juga) (saya masuk lebih keju & potong dadu. utk tabur atas kek, saya parut halus)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar (saya masukkan susu cair)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...

*Selamat Mencuba!

Nov 4, 2008

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE


A few days ago, I tried to bake marble chocolate cheese cake. Truly, the cake was delicious even though I found that it was a bit oily. So, if I were to bake the cake next time, I will cut down the amount of butter used. I also must remember to use smaller baking container since the one that I used today was quite big so much so that the top layer of the chocolate mixture was not enough to cover the cheese mixture (2nd layer). Anyway, since the cake was for my own consumption, that was not a problem. Yang penting rasanya sedap. Hmmmm...yummy...

Saya perturunkan di sini resepinya:

Bahan A:

180gm mentega
20gm serbuk koko ]
1 sudu teh baking powder ] di ayak bersama
120gm tepung naik sendiri ]
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung + baking powder + serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:

250gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara membuatnya:

1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan.
2. Tuang adunan cream cheese di atasnya dan ratakan.
3. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
4. Bakar pada suhu 165 C selama 50min - 60 min ikut oven masing-masing.
5. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

* Using my convection oven, saya bakar lebih kurang dalam 40 min je.

Source: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1609531

Jul 8, 2008

CARROT CAKE

One of my (& my husband's) favourite cakes is carrot cake. We found the recipe on the internet and I've tried to bake the cake so many times. Some of my friends at the office have already tasted it and everybody loved it. The cake smells good and yummy and delicious because of the cinnamon powder used.

Masa dok tengah bakar tu ...aromanya sungguh membangkitkan selera. Dan rasanya memang seindah baunya.

Adunan kek ni saya dah ubah suai drpd resipi asal. Saya kurangkan gula, lebihkan carrot dan kekacang. Saya letak walnut dan badam. Ada jugak resepi yg saya nampak letak nenas. Tapi yg ni belum cuba lagi lah.

Untuk krim pulak saya kurangkan gula jugak dan kurangkan butter. Kekadang saya tambah youghurt. Tapi yang ni bagi saya kurang sikit kesedapannya.

Kalau rasa nak buat kek ni dgn cara yg senang, boleh ke kedai yang jual bahan2 kek dan beli tepung yang dah di campur bahan2 siap...tinggal lagi masukkan telur, carrot, kekacang dan lain2 lagi. Ikut je arahan kat peketnya tu.

;) kalau rajin dan ada masa...cubalah