Paling penting nak buat kek ni... putih telurnya mesti naik bertanduk. Maksudnya bila kita angkat pemukul tu, telur tu juga akan terangkat dan tak jatuh. Kalau putih telur tak kembang, jgn harap kek ni nak jadi.
Nak bagi telur ni kembang, pastikan tak bercampur dengan kuning telurnya, bekas tak berminyak ataupun basah.
Jadi, apa yang berlaku semalam ialah, kuning telur pecah dan masuk ke dalam bekas putih telur. Dah keluarkan setakat yang boleh tapi masih ada lagi saki bakinya. Dan hasilnya, memang tak memuaskan -putih telur tak kembang seperti yang sepatutnya. So kek pun tak jadi sangat. Tapi, rasanya tetap sedap. Itu dah cukup bagus ;)
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
2 sb jus lemon
1/4 sk garam
60g tepung kek/ superfine (kalau tak ada, tepung biasa pun boleh)
20g tepung jagung
Bahan B
120g gula pasir
6 biji putih telur
1/4 sk cream of tartar / 3/4 sk jus lemon
Cara-caranya:
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Sejukkan.
Kemudian masukkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan creamcheese tadi & gaul ingga sebati.
2. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula & pukul lagi sehingga bertanduk (soft peak).
3. Campur adunan (1) kedalam adunan (2) yang gebu dan kacau sebati. Sediakan bekas kek yang bulat 8" yang digris bawahnya dan bahagian tepinya di salut dgn 'baking paper' (kertas minyak kot). Tuang adunan kek ke dalam bekas.
4. Bakar kek kira2 satu jam dgn cara 'water bath' pada 160 darjah selsius.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment