May 31, 2009

LANGKAWI

Sabtu, 30 Mei
Ramainya org yg datang ke Langkawi. Mungkin sbb skrg cuti sekolah, maka bertambah2 le ramainya. Masa nak bayar tol memang panjang dan lama queuenya. Nasib baik tak drive sendiri. Naik bas je. Sampai jeti Kuala Perlis dalam kol 7.30. Waaah...org dah ramai bersesak2. Tu tak termasuk yg baru sampai berbondong2 dgn bas kat belakang bas kita org.
Lebih kurang kol 10.20 sampai kat jeti Kuah. Dah ada yg on the way balik pun. Masing2 dgn barang2 belian yg..huh..banyak sungguh. Gitu lah adanya. Orang ramai tetap berbelanja macam biasa..termasuklah I. Ada lah beli coklat seketul dua tu.

Jom makan coklat!!

May 27, 2009

TOWER HILL

Teragak-agak jugak nak keluar sorang-sorang ni. Dah le petang pastu cuaca mcm mendung skit. Tapi, mengenangkan, bukannya tiap2 hari dpt dtg ke London ni...hmmm..apalagi...redah je lah. So, naik tube ke Tower Hill. Sepatutnya naik Line Circle dr Bayswater. tapi tersilap naik train di Queensway. Terpaksa turun tengah jalan untuk tukar train. Tapi tak de hal lah sbb bukannya nak kena keluar dr stesen pergi tempat lain pun. Cross ke platform sebelah je. Announcement yg dibuat dlm tube ni very informative. At each stop, akan ada announcement yg akan bagitau kita apa tempat2 menarik yg boleh dilawati yg berdekatan dgn stesen tu.

I tot I would be all alone at Tower Hill tu nanti. (Perasan dia je yg melawat London..kih kih kih). Rupanya, mak oi...hampir kosong tube tu bila berhenti kat Tower Hill. Ramai rupanya yg nak ke destinasi yg sama. Tu tak termasuk yg dah siap melepak2 kat depan Tower of London, kat tepi sungai, kat Tower bridge dan di mana2 sajalah.


Dah jalan sorang ni, tak de lah nak ambil gambar sendiri kan. Ni je lah gambar yg ada utk hr ni berlatar belakangkan Tower bridge. Risau gak nak minta tolong org ambil gambar kita. Tetiba kamera dilarikan..huh nak kata apa? (العياذ بالله) Mcm biasa tangan nak kena masuk poket..sejuuuk. Oleh kerana sebelah nak kena pegang plastic bag berisi peta segala...hmmm..gilir2 lah.

Kat bawah ni pemandangan kawasan Tower dr Tower Bridge.

On the way back to the hotel, singgah kedai Arab beli kebab (kebab lagi) untuk dinner.. Around seven keluar lagi ke Bayswater sbb hubby nak beli dinner dan beli souvenir skit2 sbb esok dah nak ke Birmingham dan terus ke NewCastle. Nanti kot tak sempat dah nak beli souvenir. Angin kuat gak lah...uuh...sejuknya...tu pun dah pakai long coat tu...

Balik hotel..tak leh tido gak..tapi paksa je sbb esok nak naik train kol 8.30 a.m. kang tertinggal lak...teruk nak kena beli tiket lain..mahal lorr...

Good night, c u in New Castle!






May 10, 2009

TEKAM

Tiga hari saya kat Tekam. Perjalanan dr KL memakan masa lebih kurang 3j. Kalau tak biasa dgn kawasan ni, mungkin kita tak yakin yg kita menuju ke Felda Residence @ Tekam. Jalan sempit dan berliku, maklumlah di kiri kanan yg ada cuma ladang kelapa sawit, di samping masalah signage
Resort ni di kelilingi kehijauan yg menenangkan. Kicauan burung menambahkan keceriaan. Kalau nak tengok suasana sekeliling, boleh naik sampai ke menara.... suasana pagi berkabus .... matahari muncul di sebalik gunung... gunung-ganang yg membiru dari kejauhan...... you have to be there yourself to experience it.....untuk maklumat lanjut utk tempat ni sila klik sini.

May 2, 2009

LASKAR PELANGI



Sebuah filem yg menarik untuk ditonton dan menyentuh hati tentang perjuangan dan persahabatan. Merupakan filem box office di Indonesia. Di adaptasi dari sebuah novel berjudul Laskar Pelangi karya Andrea Hirata yg berlatar belakangkan kampung Gantong, Belitong pada akhir tahun 70-an.
Cerita ini berkisar tentang Ibu Muslimah dan Pak Harfan yg berjuang dalam dunia pendidikan. Mereka mengajar di sebuah sekolah sederhana yang cuma mempunyai 10 orang murid, di antaranya Ikal, Lintang dan Mahar yg mempunyai bakat dan kecerdasan masing2. Mereka berjuang untuk meneruskan persekolahan dalam serba kekurangan dengan menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar.