Dec 31, 2009

DECEMBER READING

1. Ketika cinta bertasbih (1 & 2)

Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. Ia merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terpedaya oleh tampilan luar yang menipu. Ia jijik pada dirinya sendiri, yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. Ia sendiri hairan kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikianlemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. Ia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.
Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. Ia juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.
Ia harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. Ia yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. Ia yakin itu tekadnya. Ia ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. Ia rajut dengan doa. Ia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.

2. Slumdog millionaire

Ram Mohammad Thomas has been arrested. Because how can a poor orphan who has never read a newspaper or gone to school correctly answer all twelve questions on the television game show Who Will Win a Billion? - unless he has cheated.
As the story unfolds, Ram explains to his lawyer how he knew the answer to each question by telling a chapter of his amazing life - from the day he was salvaged from a dustbin to his meeting with a security-crazed Australian army colonel while performing as an overly creative tour guide at the Taj Mahal. Stunning a television audience of millions, Ram draws on a store of street wisdom and accidental encounters that provides him with the essential keys not only to the quiz show but also to life itself.
In a beguiling blend of high comedy and poignancy, Vikas Swarup has created a kaleidoscopic vision of the struggle of good against evil, and what happens when one boy has no other choice in life but to survive.

Dec 8, 2009

KHALID HOSSEINI

Finished reading 2 books in November. Both are by the same author: Khalid Hosseini. The stories took place in Afghanistan during the Russian occupation right to the new millennium. Things didn't change much for the better for them (the characters). They however survived the turbulence.
Great readings as you can get some insight about what happened in the patriarchal society where women were being greatly discriminated (in my opinion) even though they claimed that its for their (the women) own good.
1. THE KITE RUNNER

Twelve-year-old Amir is desperate to win the approval of his father and resolves to win the local kite-fighting tournament, to prove that he has the making of a man. His loyal friend Hassan promises to help him - for he always helps Amir - but this is 1970s Afghanistan and Hassan is merely a low-caste servant who is jeered at in the street, although Amir feels jealous of his natural courage and the place he holds in his father's heart. But neither of the boys could foresee what would happen to Hassan on the afternoon of the tournament, which was to shatter their lives. After the Russians invade and the family is forced to flee to America, Amir realises that one day he must return, to find the one thing that his new world cannot grant him: redemption.

2. A THOUSAND SPLENDID SUNS

Mariam is only fifteen when she is sent to Kabul to marry Rasheed. Nearly two decades later, a friendship grows between Mariam and a local teenager, Laila, as strong as ties between mother and daughter. When the Taliban take over, life becomes a desperate struggle against starvation, brutality and fear. Yet love can move a person to act in unexpected ways, and lead them to overcome the most daunting obstacles with a startling heroism.

Dec 4, 2009

EEH...DAH KAT MANA NI?

Everytime angkat muka dah nampak pemandangan lain. Nak suap makanan ke mulut pun rasa mcm pusing skit. Tu lah dia bahana makan kat Restoran Berputar Seri Angkasa. Nasib baik hidangan buffet dia tak bergerak. Kalau tak, huh dah tak tau tempat duduk kat mana. Tapi tercari2 gak seat lepas ambil hidangan pencuci mulut. Dah siap pilih tu, aik..orang lain lak ada kat depan mata. Rasa nak tergelak sendiri pun ada gak sekalipun dah tau hakikatnya tempat tu memang berpusing dan tak kan dapat pemandangan yg sama everytime you pandang depan.
Pengunjungnya, boleh tahan lah ramai. Food memang marvelous.

p/s: Thanks to you who treated me to this restaurant.

Dec 2, 2009

ANOTHER YEAR HAS PASSED

What have I accomplished this whole year? Not much. However, I managed to sign up for sewing class and I've sewing my own baju raya. I've 3 more modules to go: kurung moden, kebaya tradisional and blouse. I hope to finish them all soon. At the moment, I also am learning how to do patchwork and quilting. I've a lot of projects to do. So far, I've already started 3 and almost finished 2 of them.

Now I spend most of my free time sewing, apart from reading. Last month, I was quite busy with sewing that I managed to read only one book. I'm still halfway through my second book. Hope to finish reading it this weekend so that I can start reading new ones for December.

Two weeks ago, I managed to bake cupcakes for my cousin's birthday. Those were simple ones with choc topping and simple deco. Hope to be able to bake my own birthday cake.

Nov 1, 2009

PATCHWORK

Ada dua projek yang dalam proses setakat ni. Jam & beg. Jam ni jahitannya ada senget2 skit specially bahagian quiltingnya tuh. Ni 1st jahitannya.
Beg lak jenuh nak sambung keratan yg kecil2 tu. Ambil masa nak potong dan jahit balik. Tapi hasilnya lawa lah. Teknik yg sama juga boleh guna utk jahit items yg lain macam runner, placemat. Benda2 yg kecik2 aje la sbb kalau item yg besar..hmmm..tak larat nak potong kain.
Tengok lah nanti brapa lama nak siap ni. Harap2 tak jadi gajah putih...projek terbengkalai...ada yg nak kena gelak nanti ;)

Oct 30, 2009

OCTOBER READINGS

Aah..I managed to read 2 books this month. Both were about the adventure of Paul West in Paris written by Stephen Clarke. Buku ni sedikit sebanyak memberi kita gambaran tentang suasana dan budaya org Perancis terutamanya yg berada di Paris. Kalau nak tau bacalah.

Oct 27, 2009

VIP

Hari ni mcm free skit. Ingat nak gi kelas jahitan kreatif epal la petang ni. Nak cuba2 dulu. Tak payah tunggu sampai minggu depan baru nak mula. Kalau nak tunggu betul2 free tak tau bila lagi. Jadi elok lah terus masuk kelas ni sebagai pembakar semangat n see apa yang ada seterusnya.

Jom belajar menjahit, kawan-kawan!

p/s: hari Jumaat (30 Okt) lepas dah bawa balik mesin jahit baru; Harmony 2049. Lepas ni hopefully boleh siapkan projek jahitan bulanan.

Oct 24, 2009

YORK 2

Lagi gambar di York

Oct 22, 2009

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING


We were having fun at this workshop. The experience was awesome. You got to learn how to identify your students' way of processing information. In other words, how do they learn. Skill baca-baca students ni memang penting supaya kita boleh olah cara penyampaian kita untuk memudah pembelajaran mereka; dan membolehkan kita lebih memahami para pelajar. Kita tak boleh lah nak harapkan mereka menyesuaikan diri dgn cara kita saja. Kita pun kenalah buat sesuatu untuk memudahkan mereka.
Cara penyampaian kita perlulah pelbagai; selain mengelakkan rasa bosan, kita juga membantu para pelajar (yg pelbagai ragam dan cara) dalam memahami material yg kita sampaikan.
Itulah, pengajaran dan pembelajaran merupakan komunikasi 2 hala. Guru tak bolehlah syok sendiri semasa mengajar. Kena prihatin dengan keadaan pelajar. Dalam pada tu pelajar pulak tak boleh lah bodoh sombong. Kalau tak faham tu, bawa2 lah buka mulut, tanya apa2 yang patut. Tapi mungkin jugak mereka ni tak faham, tapi tak tau apa yg nak ditanya. Hmmm...pandai-pandai lah guru nak tackle mereka ni ;-)

Terima kasih, cikgu.

Oct 19, 2009

BUKITTINGGI

Asalnya trip ni nak di cancel kalau tak pun tangguh disebabkan bencana gempa yang melanda Padang, Sumatera Barat.
Tapi akhirnya trip 4H3M ni diteruskan juga dengan sedikit adjustment. Sepatutnya kami akan berada 2H di Bukittinggi dan 2H terahir di Padang supaya dekat dengan airport. Agenda lawatan yang lain berjalan macam biasa.
Oh, ya. Trip ni diuruskan oleh Agensi Plus n Plus, Malaysia (promote skit) dengan kerjasama Saffira Tour, Indonesia yang menyambut kami di Bandara Internasional Minangkabau. Masa sampai kat airport tu , kebetulan ada beberapa individu yg datang utk menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa, jadi kumpulan kami (12 orang) terus bagi je barang2 yang kami sengaja bawa untuk di hulurkan kepada mangsa gempa Padang melalui mereka.
Our tourist guide was Pak Usman, Pak Wan the driver, Piki the co-driver and Azie the trainee. Lama juga nak sampai ke Bukittinggi dari airport.
Dalam pada tu ada la singgah2 kat beberapa tempat: air terjun, rumah minangkabau yg merupakan pusat dokumentasi, kedai-kedai sulaman dsbg, dan yg penting restoran. Dah lewat petang baru lah check in dan berehat. Malamnya keluar dinner selepas maghrib. Hidangan lunch dan dinner utk hari ni adalah nasi padang. Lauk pauk penuh meja.
2nd day, antara tempat kami pergi; tanah datar kot. minum kopi, makan pisang salai, dan beli kulit kayu manis. Punya lah panjang kayunya, sedepa. Yang kelakarnya kat sini, dok collect pokok2 dan biji benih. Kononnya nak balik tanam kat Mesia. Hmmm..alih2 semua tinggal kat bilik air je sbb dah layu by the 4th day i.e. hari nak balik + kelam kabut sbb morning flight and we had to leave the hotel in the wee hour. Sblm tu pergi ke rumah Ibu Hjh Rosmah. Pusat sulaman. Sulamannya memang halus dan ha ha, ala-ala rumit gak la kalau tengok yg depa dok buat tu. Harganya pun juta-jutaan. Kalau nak upah, if I'm not mistaken IDR 800k. Tapi memang berbeza lah dgn sulaman yg dijual murah2 kat Pasar Atas tu. Kalau yg murah tu adakalanya warna sulaman tu tak sepadan dgn corak kain. Tak nampak kesesuaiannya. Tapi tak kurang juga menarik dan halus sekalipun murah. Cuma sulamannya lebih simple. Hmmm...pergi mana lagi ya, 2nd day ni. Tak ingat dah. Oh, ya. Lunch hari ni in the open kat tepi sawah. Indah pemandangannya. Tingkap toilet pun mengadap sawah. Dinner lak kat Bumbu Desa. Haa..nanti restoran nak buka cawangan di Malaysia, tapi lokasinya tak tau lagi. Yang ngga enaknya sih, depa panggil kita pakcik dan makcik. Salah address lor. I muda lagi ;-)
Lepas dinner gi tengok cultural show. Ni gambar tarian piring. Melompat2 kat atas kaca. Ngeri je.

3rd day ke tasik maninjau. kena lalu kelok 44. tapi berbaloi sbb pemandangannya memang indah. Subhanallah.Kat sini lah letaknya rumah Pak Hamka. Di rumah ni ada koleksi hasil karangan Hamka, gambar2 dan beberapa item yg lain. Kat sini kita boleh tau sedikit sebanyak ttg perjalanan hidup Hamka. Penuh ranjau.

On the way balik, sblm lunch singgah makan bika dulu, buat alas. Tak tau lah buat dari apa. Tapi ada kelapa kat dalamnya dan dibakar. Makan panas2. Hmmm..yummie.
Pastu pergi ngarai (canyon) sianok. Kat kawasan ni ada lubang Jepang (terowong zaman Jepun). Tapi tak masuk lah. Guide tu tak bagi masuk sebab baru lepas gempa bumi. Keadaan tak stabil.

Pastu sambung agenda shopping sampai pasar tutup. Tak banyak pun shopping sbb tak bawa byk duit. Owh..owh..owh..yang best kitaorang jumpa benda menarik yg tak jumpa lagi kat Mesia setakat ni. Susu pekat bercoklat. Kami beli 2tin. Ni best utk buat jus alpukat. Hmmm..stok alpukat tak de lah pulak. Last day dinner, hidangan nasi timbel. Kuah manis, tak sesuai dgn selera saya.
Day 4. Pagi2 lagi dah bangun sbb kol 4.30 dah nak bertolak ke airport to catch the 8.30 a.m flight. Pagi2 tu hotel dah siapkan breakfast. Apalagi makan lah dulu sblm keluar. Singgah solat subuh di perjalanan. Sebenarnya sebelum keluar semua orang dah solat sbb dah azan. Tapi sebenarnya kat sana azan dua kali. First azan tu untuk kejutkan agaknya. Dalam 6.30 kot sampai airport. Oleh kerana pergi dgn travel agent, jadi segalanya depa uruskan. Kita goyang kaki je. Aah..talking about goyang kaki...ramai org kat Bukittinggi ni dapat duit dgn goyang kaki..he he he.. jahit sulam goyang daaaaaa. By 10 a.m dah selamat sampai di Malaysia. Alhamdulillah.

Oct 14, 2009

CUP CAKES N FANCY COOKIES

Dah lama teringin nak belajar deco-deco kek ni. Oleh kerana tak kreatif kan, so kenalah berguru utk dapatkan sedikit sebanyak petua. Jadinya, hari Ahad lepas (11 Okt 09) saya sign up kelas deco cup cakes ni. Sanggup drive sendiri ke Bangi ke rumah Pn Liana (cikgunya). Nasib baik jumpa rumah dia. Asalnya kelas kol 1pm. Tapi ramai org pergi beraya weekend2 ni so kelas yg 1st habis awal sbb sorang je yg join. Jd 2nd kelas ni nak mula kol 11am. Tapi jadi 11.30 sbb dari rumah saya ke Bangi tu jauh gak la. Dpt info lambat. Tapi tak pe. We had a lot of fun decorating the cupcakes and the cookies. Pendek kata "Sedap di mata sedap di lidah" lah kek dan biskut tu. Hmmmm...yummie...jemput makan...

Oct 1, 2009

SEPTEMBER READINGS

Sempat gak habis 2 buah buku bulan lepas ;-) tu pun dah mula baca dari bulan2 sebelumnya... ha..ha.. ha
1. The Harmony Silk Factory by Tash Aw

2. Let it be morning by Sayed Kashui

Sep 18, 2009

SADAQATUN JARIAH

Untuk keterangan lanjut sila klik di sini.
Sekiranya anda ingin menghulurkan sebarang bantuan kemanusiaan untuk saudara2 kita yang memerlukan, hubungi Muslim Aid.

Sep 15, 2009

YORK


on our way back to London singgah kat York. Parking kereta punyalah jauh. Dok rewang2 kat sini sejam lebih gak la. Kat sini yang lawanya satu kawasan bukit yang penuh dengan bunga-bungaan warna kuning. Tapi masa ni early spring, jadi belum banyak lah.

Dok keluar masuk kedai apa2 ntah termasuklah kedai buku. Tapi x de lah membeli apa2 pun, sekadar tengok2 je, kecuali fridge magnet sebagai souvenir utk diri sendiri tanda dah sampai. Tapi sebenarnya dah penat dan tak sabar2 rasa nak sampai London dan tidoooo. Dah malam baru sampai Heathrow. Dah sejuk sangat dah. Lepas makan terus zzzzzz.... tak payah mandi manda...cuci muka dan gosok gigi je ;-) macam biasa la...


Sep 14, 2009

DURHAM


Kami ke Durham utk melawat kwn yg sedang sambung belajar kat sini. Janji dgn dia kol 6. Sampai rumah dia dah gelap gelita dan kawsan tu pun sunyi je. Mcm kat kg2 je. Sblm pergi tu singgah kedai kebab dulu, beli donor kebab n chips. Makan panas2 gitu memang best. Dah la rasanya pun best. Memang ngam la. Kat rumah kawan ni macam2 dia hidang. Siap ada roti jala tu. Byk gak la makan biar pun termalu-malu kucing.

Sep 9, 2009

WASHINGTON


We spent our night at Holiday Inn in Washington. It's about 10 -20 minutes drive to New Castle. he surrounding was very quiet at night; and cold. The wind blew strongly. Urgh..even a short walk from the parking lot to the hotel lobby pun buat saya menggigil (sekalipun pakai baju 4 lapis). Kat belah utara memang sejuk skit berbanding London nuun (baju 3 lapis je).

Aug 31, 2009

SALAM KEMERDEKAAN

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keharmonian, perpaduan, kemakmuran... yang kita kecapi selama ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

p/s: hayatilah erti kemerdekaan yg sebenarnya

Aug 26, 2009

PICTURES AROUND NEW CASTLE


one part of the city

Kat atas jambatan yg boleh di angkat untuk memberi laluan kpd kapal

Kuatnya angin. Tengok lah ekor overcoat tu.

Aug 24, 2009

KUIH RAYA

Semalam buat kuih raya, peanut butter cookies. Sebabnya ada peanut butter tapi tak tau nak makan bila. Buat je lah biskut. Tapi biskut ni guna acuan. Kat rumah pulak tak de acuan. Akhirnya terjumpa acuan tart, hmmm apa lagi, itu lah acuannya, ada besar, ada kecil. Tak seragam le saiznya. Awal2 tu masukkan jugak choc chip, dah masuk batch ketiga, x masukkan dah.
Best rasa biskut ni. Rapuh. Yg dibakar sampai garing (coklat tua), bukan hangus, rasanya lebih sedap berbanding dgn yg berwarna coklat muda.
Lepas ni boleh buat lagi kalau ada masa. Peanut butter ada lagi. Tapi nak cari resepi lain lak. Pastu compare yg mana lebih sedap. Resepi2 ni dr internet je, tapi boleh dipercayai.

Jom, makan biskut peanut butter!

Aug 22, 2009

HAVE A BLESSED RAMADHAN

I would like to take this opportunity to wish all of you Ramadhan Mubarak. May Allah shower His blessings on all of us!

Jul 24, 2009

NEWCASTLE

Kami keluar ke Newcastle lepas Isyak. Sunyi je tempatnya waktu malam. Keluar ni saje je utk dinner. Kedai Pakistani yg kami pergi tu tak de tempat untuk dine in. Memang utk take away je. Briyaninya memang sedap. Kedai sebelahnya jual fish n chips...sedap jugak. Chips nya besar2 n mcm fresh la skit kan. Makan panas2 dalam cuaca sejuk tu ..huh..lagi tambah sedap. Ada pulak doner kebab tu...mmmm...terasa2 keenakkannya.
Hari kedua di NC, kami pusing2 bandar dia. Kebetulan weekend, so kami singgah di car boot sale. Lokasinya tepi sungai. Angin punyalah kencang. Terbang segala barang jualan yg ringan especially buku n magazines. Masa ni memang tak tahan sejuknya. Terpaksalah beli sarung tangan, 50pence je (Ala-ala 50 sen la- tapi kalau betul2 convert, ada lah lbh kurang RM2.50). Kat situ ada satu tmpt mcm tourist centre lah. Kami pun masuk lah konon2 nk ambil brochure. Tapi yg sebenarnya, macam biasalah, nak panaskan badan. Memang panas sungguh kat dalam tu. Berpeluh-peluh. Dahlah pakai baju 4 lapis, seluar 2 lapis. Terpaksalah buka overcoat dan jaket. So, skrg faham lah kenapa depa2 tu bila masuk je rumah atau bangunan, beria2 buka baju; panas. Kalau berjalan kat luar tangan mesti kat dalam poket, tak pun berpeluk tubuh; sejuk. Dah pakai sarung tangan pun, masih terasa sejuk. (hmmm..tak tau lah macam mana agaknya kalau masa tu winter, tak keluar2 lah aku gamaknya; early spring je pun dah macam tu). Dah abis pusing2, berposing kat tepi sungai tu kami pi pulak ke shopping complex. Beli buku2 dan smoothie maker, GBP 14.95 (tak sampai RM 100 pun). Seharian gak la dok pusing2 kawasan tu. Balik hotel dah petang. Berehat kejap sblm ke rumah kawan. Kami nak pergi sblm mlm lah sbb tak tau jalan pun sekadar berpandukan peta dan sign board je. Di samping tu, nak posing2 le kat mana2.

Kita berehat dulu.

Jun 24, 2009

ROAD TRIP

we have booked our train tickets to Birmingham online. It costs us GBP 12 each (if I remember correctly). so after breakfast we headed to euston station to catch the train. The trip to B'ham from London lebih kurang dua jam. Tapi hari tu (Saturday), saja je depa ni nak bagi kami dok lama dlm keretapi, tak pun dok lama tengok2 stesen tu...hmmm...train tu meragam. Banyak kali kena tukar train. Kalau tukar train je ok la. Tapi yg tak tahan nya kena tunggu lama lak train tu nak sampai. Sejuuuk. Dah la tu lenguh berdiri...nak duduk tak boleh sbb...kerusi pun sejuk...kalau duduk lagi kesejukan..huh...nak tambah sejuk lagi...angin bertiup lak...
It was almost twelve kot when we arrived at Birmingham International. From there we rented a car and drove to Aston Villa (yes, u r right! Aston Villa...kelab bola sepak tu) to a friend's house. We left after lunch (masak nasi u. the first hidangan nasi that we had after we arrived in UK. syoknya) to continue with our journey up north to New Castle. Armed with a map from the car rental company and instructions from a friend, we drove for about four hours before we reach our next destination. We spent the night at Holiday Inn in Washington (the original one ya, not Washington DC).
We got our dinner from a Pakistani Restaurant in NC. We took away prawn briyani and doner kebab and chips. One of the best chips ever. It was different from what we have in Malaysia.
It was colder here up north as compared to London. Cold wind blew strongly. I was shivering during the short walk from the parking lot to the hotel lobby...hhhhhh...
After dinner, I was ready to call it a day....Good night everyone...hmmmm...shower could always wait.

Jun 9, 2009

4H4M

Last week, I dah lalui/hadiri persiapan/kenduri kawin utk 2 pasangan (my sister n her husband and my brother in-law n his wife). Nasib baik dua2 kat Kelantan n my house n my husband's berdekatan je. Tapi mmg fenat ler. Tapi aku yakin ada lagi org yg lebih penat iaitu tuan rumah. Org lain kalau x larat tu boleh le menyorok kejap..tapi tuan-tuan rumah tak boleh..mereka adalah "org buruan". Penat mcm mana pun mesti ada kat depan rumah (kecuali time semayang le kan).

Apa pun, congratulations to all brides and grooms. May Allah bless you all.

Jun 1, 2009

BOWLING

Dah lama tak boling. Dah bertahun2 agaknya. Kali ni main boling, asyik masuk longkang je. Kalau tak longkang belah kiri, longkang belah kanan. So, boleh agak le kan brapa mata je dapat...hih hih hih...Hmmm...Tapi berpeluh gak lah dok punggah bola yg berat itu...

May 31, 2009

LANGKAWI

Sabtu, 30 Mei
Ramainya org yg datang ke Langkawi. Mungkin sbb skrg cuti sekolah, maka bertambah2 le ramainya. Masa nak bayar tol memang panjang dan lama queuenya. Nasib baik tak drive sendiri. Naik bas je. Sampai jeti Kuala Perlis dalam kol 7.30. Waaah...org dah ramai bersesak2. Tu tak termasuk yg baru sampai berbondong2 dgn bas kat belakang bas kita org.
Lebih kurang kol 10.20 sampai kat jeti Kuah. Dah ada yg on the way balik pun. Masing2 dgn barang2 belian yg..huh..banyak sungguh. Gitu lah adanya. Orang ramai tetap berbelanja macam biasa..termasuklah I. Ada lah beli coklat seketul dua tu.

Jom makan coklat!!

May 27, 2009

TOWER HILL

Teragak-agak jugak nak keluar sorang-sorang ni. Dah le petang pastu cuaca mcm mendung skit. Tapi, mengenangkan, bukannya tiap2 hari dpt dtg ke London ni...hmmm..apalagi...redah je lah. So, naik tube ke Tower Hill. Sepatutnya naik Line Circle dr Bayswater. tapi tersilap naik train di Queensway. Terpaksa turun tengah jalan untuk tukar train. Tapi tak de hal lah sbb bukannya nak kena keluar dr stesen pergi tempat lain pun. Cross ke platform sebelah je. Announcement yg dibuat dlm tube ni very informative. At each stop, akan ada announcement yg akan bagitau kita apa tempat2 menarik yg boleh dilawati yg berdekatan dgn stesen tu.

I tot I would be all alone at Tower Hill tu nanti. (Perasan dia je yg melawat London..kih kih kih). Rupanya, mak oi...hampir kosong tube tu bila berhenti kat Tower Hill. Ramai rupanya yg nak ke destinasi yg sama. Tu tak termasuk yg dah siap melepak2 kat depan Tower of London, kat tepi sungai, kat Tower bridge dan di mana2 sajalah.


Dah jalan sorang ni, tak de lah nak ambil gambar sendiri kan. Ni je lah gambar yg ada utk hr ni berlatar belakangkan Tower bridge. Risau gak nak minta tolong org ambil gambar kita. Tetiba kamera dilarikan..huh nak kata apa? (العياذ بالله) Mcm biasa tangan nak kena masuk poket..sejuuuk. Oleh kerana sebelah nak kena pegang plastic bag berisi peta segala...hmmm..gilir2 lah.

Kat bawah ni pemandangan kawasan Tower dr Tower Bridge.

On the way back to the hotel, singgah kedai Arab beli kebab (kebab lagi) untuk dinner.. Around seven keluar lagi ke Bayswater sbb hubby nak beli dinner dan beli souvenir skit2 sbb esok dah nak ke Birmingham dan terus ke NewCastle. Nanti kot tak sempat dah nak beli souvenir. Angin kuat gak lah...uuh...sejuknya...tu pun dah pakai long coat tu...

Balik hotel..tak leh tido gak..tapi paksa je sbb esok nak naik train kol 8.30 a.m. kang tertinggal lak...teruk nak kena beli tiket lain..mahal lorr...

Good night, c u in New Castle!