Oct 30, 2009

OCTOBER READINGS

Aah..I managed to read 2 books this month. Both were about the adventure of Paul West in Paris written by Stephen Clarke. Buku ni sedikit sebanyak memberi kita gambaran tentang suasana dan budaya org Perancis terutamanya yg berada di Paris. Kalau nak tau bacalah.

Oct 27, 2009

VIP

Hari ni mcm free skit. Ingat nak gi kelas jahitan kreatif epal la petang ni. Nak cuba2 dulu. Tak payah tunggu sampai minggu depan baru nak mula. Kalau nak tunggu betul2 free tak tau bila lagi. Jadi elok lah terus masuk kelas ni sebagai pembakar semangat n see apa yang ada seterusnya.

Jom belajar menjahit, kawan-kawan!

p/s: hari Jumaat (30 Okt) lepas dah bawa balik mesin jahit baru; Harmony 2049. Lepas ni hopefully boleh siapkan projek jahitan bulanan.

Oct 24, 2009

YORK 2

Lagi gambar di York

Oct 22, 2009

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING


We were having fun at this workshop. The experience was awesome. You got to learn how to identify your students' way of processing information. In other words, how do they learn. Skill baca-baca students ni memang penting supaya kita boleh olah cara penyampaian kita untuk memudah pembelajaran mereka; dan membolehkan kita lebih memahami para pelajar. Kita tak boleh lah nak harapkan mereka menyesuaikan diri dgn cara kita saja. Kita pun kenalah buat sesuatu untuk memudahkan mereka.
Cara penyampaian kita perlulah pelbagai; selain mengelakkan rasa bosan, kita juga membantu para pelajar (yg pelbagai ragam dan cara) dalam memahami material yg kita sampaikan.
Itulah, pengajaran dan pembelajaran merupakan komunikasi 2 hala. Guru tak bolehlah syok sendiri semasa mengajar. Kena prihatin dengan keadaan pelajar. Dalam pada tu pelajar pulak tak boleh lah bodoh sombong. Kalau tak faham tu, bawa2 lah buka mulut, tanya apa2 yang patut. Tapi mungkin jugak mereka ni tak faham, tapi tak tau apa yg nak ditanya. Hmmm...pandai-pandai lah guru nak tackle mereka ni ;-)

Terima kasih, cikgu.

Oct 19, 2009

BUKITTINGGI

Asalnya trip ni nak di cancel kalau tak pun tangguh disebabkan bencana gempa yang melanda Padang, Sumatera Barat.
Tapi akhirnya trip 4H3M ni diteruskan juga dengan sedikit adjustment. Sepatutnya kami akan berada 2H di Bukittinggi dan 2H terahir di Padang supaya dekat dengan airport. Agenda lawatan yang lain berjalan macam biasa.
Oh, ya. Trip ni diuruskan oleh Agensi Plus n Plus, Malaysia (promote skit) dengan kerjasama Saffira Tour, Indonesia yang menyambut kami di Bandara Internasional Minangkabau. Masa sampai kat airport tu , kebetulan ada beberapa individu yg datang utk menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa, jadi kumpulan kami (12 orang) terus bagi je barang2 yang kami sengaja bawa untuk di hulurkan kepada mangsa gempa Padang melalui mereka.
Our tourist guide was Pak Usman, Pak Wan the driver, Piki the co-driver and Azie the trainee. Lama juga nak sampai ke Bukittinggi dari airport.
Dalam pada tu ada la singgah2 kat beberapa tempat: air terjun, rumah minangkabau yg merupakan pusat dokumentasi, kedai-kedai sulaman dsbg, dan yg penting restoran. Dah lewat petang baru lah check in dan berehat. Malamnya keluar dinner selepas maghrib. Hidangan lunch dan dinner utk hari ni adalah nasi padang. Lauk pauk penuh meja.
2nd day, antara tempat kami pergi; tanah datar kot. minum kopi, makan pisang salai, dan beli kulit kayu manis. Punya lah panjang kayunya, sedepa. Yang kelakarnya kat sini, dok collect pokok2 dan biji benih. Kononnya nak balik tanam kat Mesia. Hmmm..alih2 semua tinggal kat bilik air je sbb dah layu by the 4th day i.e. hari nak balik + kelam kabut sbb morning flight and we had to leave the hotel in the wee hour. Sblm tu pergi ke rumah Ibu Hjh Rosmah. Pusat sulaman. Sulamannya memang halus dan ha ha, ala-ala rumit gak la kalau tengok yg depa dok buat tu. Harganya pun juta-jutaan. Kalau nak upah, if I'm not mistaken IDR 800k. Tapi memang berbeza lah dgn sulaman yg dijual murah2 kat Pasar Atas tu. Kalau yg murah tu adakalanya warna sulaman tu tak sepadan dgn corak kain. Tak nampak kesesuaiannya. Tapi tak kurang juga menarik dan halus sekalipun murah. Cuma sulamannya lebih simple. Hmmm...pergi mana lagi ya, 2nd day ni. Tak ingat dah. Oh, ya. Lunch hari ni in the open kat tepi sawah. Indah pemandangannya. Tingkap toilet pun mengadap sawah. Dinner lak kat Bumbu Desa. Haa..nanti restoran nak buka cawangan di Malaysia, tapi lokasinya tak tau lagi. Yang ngga enaknya sih, depa panggil kita pakcik dan makcik. Salah address lor. I muda lagi ;-)
Lepas dinner gi tengok cultural show. Ni gambar tarian piring. Melompat2 kat atas kaca. Ngeri je.

3rd day ke tasik maninjau. kena lalu kelok 44. tapi berbaloi sbb pemandangannya memang indah. Subhanallah.Kat sini lah letaknya rumah Pak Hamka. Di rumah ni ada koleksi hasil karangan Hamka, gambar2 dan beberapa item yg lain. Kat sini kita boleh tau sedikit sebanyak ttg perjalanan hidup Hamka. Penuh ranjau.

On the way balik, sblm lunch singgah makan bika dulu, buat alas. Tak tau lah buat dari apa. Tapi ada kelapa kat dalamnya dan dibakar. Makan panas2. Hmmm..yummie.
Pastu pergi ngarai (canyon) sianok. Kat kawasan ni ada lubang Jepang (terowong zaman Jepun). Tapi tak masuk lah. Guide tu tak bagi masuk sebab baru lepas gempa bumi. Keadaan tak stabil.

Pastu sambung agenda shopping sampai pasar tutup. Tak banyak pun shopping sbb tak bawa byk duit. Owh..owh..owh..yang best kitaorang jumpa benda menarik yg tak jumpa lagi kat Mesia setakat ni. Susu pekat bercoklat. Kami beli 2tin. Ni best utk buat jus alpukat. Hmmm..stok alpukat tak de lah pulak. Last day dinner, hidangan nasi timbel. Kuah manis, tak sesuai dgn selera saya.
Day 4. Pagi2 lagi dah bangun sbb kol 4.30 dah nak bertolak ke airport to catch the 8.30 a.m flight. Pagi2 tu hotel dah siapkan breakfast. Apalagi makan lah dulu sblm keluar. Singgah solat subuh di perjalanan. Sebenarnya sebelum keluar semua orang dah solat sbb dah azan. Tapi sebenarnya kat sana azan dua kali. First azan tu untuk kejutkan agaknya. Dalam 6.30 kot sampai airport. Oleh kerana pergi dgn travel agent, jadi segalanya depa uruskan. Kita goyang kaki je. Aah..talking about goyang kaki...ramai org kat Bukittinggi ni dapat duit dgn goyang kaki..he he he.. jahit sulam goyang daaaaaa. By 10 a.m dah selamat sampai di Malaysia. Alhamdulillah.

Oct 14, 2009

CUP CAKES N FANCY COOKIES

Dah lama teringin nak belajar deco-deco kek ni. Oleh kerana tak kreatif kan, so kenalah berguru utk dapatkan sedikit sebanyak petua. Jadinya, hari Ahad lepas (11 Okt 09) saya sign up kelas deco cup cakes ni. Sanggup drive sendiri ke Bangi ke rumah Pn Liana (cikgunya). Nasib baik jumpa rumah dia. Asalnya kelas kol 1pm. Tapi ramai org pergi beraya weekend2 ni so kelas yg 1st habis awal sbb sorang je yg join. Jd 2nd kelas ni nak mula kol 11am. Tapi jadi 11.30 sbb dari rumah saya ke Bangi tu jauh gak la. Dpt info lambat. Tapi tak pe. We had a lot of fun decorating the cupcakes and the cookies. Pendek kata "Sedap di mata sedap di lidah" lah kek dan biskut tu. Hmmmm...yummie...jemput makan...

Oct 1, 2009

SEPTEMBER READINGS

Sempat gak habis 2 buah buku bulan lepas ;-) tu pun dah mula baca dari bulan2 sebelumnya... ha..ha.. ha
1. The Harmony Silk Factory by Tash Aw

2. Let it be morning by Sayed Kashui