LCCT KL- LONDON STANSTED
My flight to London was scheduled to depart from LCCT at 10 am and would arrive at London Stansted at 4 pm local time.
Hari tu sampai awal di LCCT utk check in dan nak breakfast sekali. Dalam kol 8.15 kot dah beratur kat check in. Masa tu org tak ramai lagi la. I travelled light. Ada satu hand luggage je. Tak de luggage utk check in so ambil boarding pass je. Pastu pergi makan skit. My kelebihan is, in whatever situation masih boleh makan. So, sekalipun berdebar2 (skit je) sbb akan travel sorang2 ni..makan mcm biasa. Lagi pun masa tu lapar je rasanya. Pastu dok fikir flight 13 jam (actually + - 14 jam).
Kol 9 dah beredar ke departure hall. Lalu imigresen pun tak de lah havoc sgt ...... biasa je. Tempat duduknya selesa. Ruang utk kaki luas. Head rest boleh lipat jadi x de masalah terlentok kat org sebelah. My seat was 40A..tepi tingkap..my fave seat..kat sebelah kosong..x de org..lagi best boleh conquer 2 seat.
Masa booked ticket dah pre-booked Malaysian meal and comfort kit - dalam kit tu ada selimut, neck rest, penutup mata. Malaysian meal utk KL- London adalah roti jala utk tengah hari dan nasi lemak utk hidangan yg kedua 3 jam sblm mendarat. Masa tu dah kol 9mlm Malaysian time. Perut dah cukup berkeroncong masa tu. Tapi tahan je lah.
Hidangan pertama dalam kol 12 kot. Tapi saya makan lepas kol 1 sbb dah breakfast agak banyak lah jugak tadinya. Makanannya ok lah utk sekadar alas perut. Nak enjoy sgt tu..lain kali je lah. Kena beli extra air sbb kalau x nanti kering. Tu pun bibir dah kering..terpaksa apply moisturiser every now and then.
Rasa nak tidur tapi x boleh nak lena. Perjalanan ni macam pusing jam ke belakang sbb kita travel west. Kita dapat satu hari yg panjang...lebih dr 24 jam. Jam kat tangan dah kol 7 mlm Malaysia time. Tapi kat luar matahari memancar terik dan rasa panas. Tak terasa air-cond atas kapal terbang. So, jaket letak tepi je. Tapi ready je kat tangan sbb bila sampai nanti x perlu lah buka beg utk ambil jaket.
Saya bawa bekal 2 buah buku utk dibaca spnjng perjalanan.. 1 time pergi dan 1 lagi time balik. Hampir habis sebiji buku time pergi. X larat juga rupanya nak baca buku 14 jam tanpa henti ni. Bukannya apa...lenguh lengan dan tangan nak tatang buku...Dah lama duduk... saya ambil keputusan utk jalan2 utk elakkan lenguh kaki sbb terlalu lama duduk. So I dah buat satu pusinganlah kat atas tu. Perkara yg paling tak suka kalau terbang ni...pergi toilet.. malas nak cerita panjang...
Mendarat kat Stansted beberapa minit sblm kol 4 ptg. Kena naik train ke terminal building. Memang dah ramai yg beratur utk cop pasport. Dah le byk tanya pulak...lagi lah lama beratur. People from UK & European countries satu kumpulan and the rest satu kumpulan lain. Dah hampir kol 5 baru boleh keluar dari situ and the real adventure would start soon.........
Mar 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pergh, cant wait to read the rest.. syoknye travel alone. kalaulah mak ayah saya benarkan, dah lama agaknya saya berjalan sorang2..
ReplyDeletetengok tempat lah nak travel alone tu. kalau tmpt yg pengangkutan dia ok, boleh lah kot. kalau tak...hmmmm..kena pikir dulu lah. mcm london tu pengangkutan awam dia bagus. intergrated sgt..senang je nak ke mana2. I did that on my 3rd day there. keluar sorang2 sampai ke petang. kalau tak kerana sakit kaki..mungkin dok rewang2 lagi...he he he
ReplyDeletep/s: kalau ustzh ada anak pun, rasanya mesti berat nak bagi travel sorang2 ;-)
oh ye ke? i mean, the last sentence tu. it touches me. ingatkan mak ayah saya tak faham, tak sporting sbb tak bagi jalan sorang2.. well, i get the msg now. thanks ustazah
ReplyDeleteplzzz... plzzz la ajak saya kalau nak ke london lagi. saya x kesah nak belanja utk travel tu, tp takde sapa heran nak teman. gerammm!!!