KENSINGTON PARK
It was Friday, 20 March 2009. If I were to go out today, I would be on my own because my husband attended a conference somewhere here in London. I forgot the place.
Ingat nak keluar seawal mungkin...right after breakfast. Tapi perut pula buat hal. Dah hampir kol 11 baru boleh keluar bilik.
Hari ni nak plan nak gi Hyde Park and Tower bridge. Risau gak sbb tak tau lah tempatnya macam mana. Tapi berbekalkan peta tube dan London Planner saya keluar gak la. Hari ni sejuk sangat sekalipun ada matahari memancar terang. Angin bertiup agak kuat sekali sekala.
Sampai Hyde Park tangan saya dah kesejukan. Terpaksa masukkan barang2 yg dipegang dalam jaket dan tangan masuk poket. Kamera gantung je kat leher. Nasib baik talinya panjang.
Tapi saya benci Hyde Park/Kensington Park ni. Kat sini ada anjing besar yg berkeliaran. Menyampah betul. Saya terpaksa berjalan mengekori org2 yg ada dlm park tu. Depa mesti rasa saspen je.... "Apasal la org ni ikut aku". Last sekali saya sekat sorang ni yg sedang berjalan dgn anak dia. I told her about my problem yg takut anjing ni dan nak berjalan dgn dia. So sambil berjalan tu berchit chat lah dgn dia. Asalnya dia nak bawa anak dia ke one of the playgrounds yg ada kat situ. Tapi dua-dua tutup hr tu. Dia punyalah frust. Tapi one thing made her happy and cheerful: the nice weather... "You might have brought it with you from Malaysia" ...just to quote her... ;-) Masa tu dah almost lunch time. So she made a stop at a restaurant there and I continued walking. Kat tengah2 park ni Alhamdulillah dah tak de binatang yg berkeliaran. Lega.
Yg ada cuma burung2 yg berterbangan...angsa2 yg berenang di tasik. Lawa sangat pemandangan dan suasana tu. I snapped a few pictures of the flying birds and the swans.
Lepas tu saya ke Kensington Palace dan Orangery yg terletak berdekatan sahaja. Tak masuk pun. Ambil gambar dr luar je. Gardeners dok tengah tanam pokok kat taman tu. Tak banyak lagi bunga yg ada but still..yg ada sikit tu pun dah menarik..kalau dah penuh tu tak tau lah nak kata...
Keluar dr kawasan Palace ni angin kuat skit. Nak ambil gambar pun susah sbb nak keluarkan tangan lama2 tak boleh. Kesejuuuuukaaaaan.... Perut pun dah rasa lapar ni. Ingat nak jalan2 lagi kat park tu. Ada beberapa tempat yg boleh pergi lagi. Tapi perut berkeroncong minta diisi. Tak tau mana nak cari makanan kecuali terpaksa balik semula ke Bayswater. Saya balik ikut jalan High Street Kensington. Mulanya nak naik tube kat HydePark Corner je. Tapi bila tengok peta macam jauh je... Jalan2 kat HSK ni best tengok sekeliling. Ni pun kawasan shopping gak. Sambil jalan2 tu lupa lak yg perut lapar. Masuk gak lah 2-3 kedai. Macam biasa..bukan nak membeli pun tapi nak panaskan badan;-) Bangunan kat jalan byk yg kaca...kalau ambil gambar memang lawa reflection dia. Tapi tak snap satu pun sbb malas nak keluarkan tangan dr poket...pastu sorang2 pulak tu...tak de mood nak ambil gambar kat jalanan...Sampai HSK station, terus ambil tube balik ke Bayswater... beli makanan...balik hotel...makan...buat apa2 yg patut dan get ready utk keluar semula....Kali ni saya nak keluar jauh skit...nak ke Tower Bridge.... jumpa di sanaaaaa....
Apr 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dah tiga kali saya taip komen. ulang2 cakap yg sama. semua tak nak lekat. malas la nak komen dah!
ReplyDeleteno comment!
ReplyDelete