Cameron Highland ni antara tempat yang sejuk di Malaysia. Tapi mungkin dah tak sesejuk dulu-dulu la. Baru-baru ni berpeluang lagi ke Cameron Highland. Tempatnya masih menarik. Sebelum ni dah pergi beberapa kali...'rombongan cik kiah'. Bertolak tengah malam dari KL pastu tidur jap kat R&R Tapah. Around 3 a.m. barulah jalan semula.. agak-agak boleh sampai dekat waktu subuh la. Dah sampai sana terus singgah kat masjid tepi jalan...yang dekat balai polis tu... dah selesai semua... pergi cari breakfast. Pastu tu terus lah pusing-pusing ke kebun strawberry, rose, lebah .....macam2 lagi lah. Pergi pagi-pagi ni best sebab tak ramai lagi orang. Bas pun senang nak bergerak...tak jem. Selalunya by the time kita nak patah balik tu dah ramai sangat orang. Penuh sesak sikit lah. Balik lunch and solat Zohor kat Tanah Rata. On the way turun tu singgah le kat Lata Iskandar ataupun satu lagi jeram yang ada tempat air panas....lupa nama tempat tu. By Maghrib dah sampai semula di KL.
Baru-baru ni pergi bulan Mei. Tu lah first time bermalam kat Cameron. Dapat le rasa suasana malam. Oleh kerana dok lama (3d2n) sempat le berjalan kaki ke kebun teh boh. Jalan kaki 5km tapi tak rasa penat sangat pun. Berpeluh gak la. Tapi boleh tahan. Kalau kat KL nak jalan 5 km...huh sorri...tak daya rasanya...kejap je semput.. Yang bestnya lepas jalan 5km tu...hirup teh panas atas bukit dengan pemandangan kebun teh yang menghijau dan saujana mata memandang...
Hari tu masa nak balik tu mengelat sikit. Tumpang bas orang lain sampai ke pintu pagar ladang teh tu. Dah jimat tenaga dah. Lebih 1km kalau tak silap. Satu lagi...tak terasa sangat perjalanan 5km tu sebabnya sambil jalan sambil bergambar.
Sapa-sapa yang belum ke Cameron tu .... silalah ke sana .... Go Holiday!
No comments:
Post a Comment