It has been a while since I last updated this blog. A lot has happened since then. The most significant one is harga minyak dah naik. Memang horror lah...RM 2.70... Hari sebelum kejadian tu..saya pun join gak the crowd pi isi minyak penuh-penuh. Macam nak pi pesta lak tapi dalam hati berdebar-debar gak. Ish...sempat ke turn aku ni sebelum pukul 12 tengah malam ni.....ke kereta bertukar menjadi labu...ayyooo.. (dah le Nilai ni dekat le juga dengan Labu ;) masa sampai (konon le sampai, padahal jauh lagi sebab line dah panjang)kat petrol station tu dah pukul 10.30 malam. Tapi tunggu gak dalam debar dan akhirnya penantian berakhir jua pada pukul 11.57p.m..... Huh....sempat le isi setangki penuh (macam le tahan berbulan-bulan pun....) kalau ada lagi tangi spare kat kereta tu..mau di penuhkan semuanya...
Sambil-sambil dok tunggu turn tu..mcm-mcm gelagat orang boleh tengok le..tak kurang gak rasa bengang bila ada yang potong queue....ingat dia sorang je ke yang isi minyak. Dua orang mamat kat depan I ni main taram tolak je kereta dia....tak hidupkan enjin pun....sorang lagi pak cik ni turun dari kereta and jadi polis trafik jap sebab bengang dengan manusia yang selfish...tak nak queue.... tapi terus je menonong ke depan....
Masa I tinggalkan petrol station tu...masih ramai lagi yg beratur tunggu turn....They have no choice but to wait....1)sebab kereta memang nak kena isi minyak...2)depa tak leh nak pusing balik dan blah begitu saja sbb kiri kanan penuh sesak dengan kereta...nak tak nak kena lalu gak petrol pump and isi minyak...baru boleh jalan...
Tu lah dia penangan kenaikan harga minyak. Selalu je saya tengok phenomena macam ni masa minyak nak naik harga (stesen minyak boleh nampak dari tingkap rumah) tapi tak seteruk yang berlaku pada 4 Ogos 2008 hari tu. My first attempt pukul 7 mlm. Pi ke stesen yang kat sebelah ofis ni..dah panjang queue....7.30mlm masih tak bergerak-gerak...pusing balik sebelum terlambat..kang terlepas Maghrib lak...tak pasal-pasal. Masuk ofis semula and keluar balik kol 10.15 malam. Sampai rumah dah hampir pukul 1 pagi sebab drive slow je...Begituu lah adaanya
No comments:
Post a Comment