Sep 17, 2008

D'CHEESY COOKIES

Semalam buat biskut cheese lagi. Memang ranguplah biskut ni. Rasanya pulak, umph..., sedap sangat. Patutlah tuan punya resepi biskut ni suka sangat. Kalau makan tu susah nak berhenti.

Ini lah rupanya biskut yang saya buat tu. Tak guna acuan pun. Bulat2 kan lepastu tekan guna garpu je. Kalau ada masa cuba lah.

d'cheesy cookies

D’CHEESY COOKIES

Bahan-bahannya
9 oz (255 gram) mentega, dilembutkan pada suhu bilik
8 oz (227 gram) gula halus
13 oz (368 gram) tepung gandum
1 biji telur
1 kotak (250 gram) keju cheddar, disagat halus
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula halus menggunakan hand whisk sehingga ia kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan juga esen vanilla dan pewarna kuning.
3. Masukkan keju yang telah disagut halus. Gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata.
5. Adunan biskut ini memang lembik dan harus dipipekan menggunakan bentuk semperit sikat, daun ataupun bentuk lain menggunakan pesawah.
6. Bakar biskut menggunakan suhu 170’C sehingga biskut masak dan tukar kekuningan.

Nota: Keju hendaklah disagat menggunakan sagat yang halus, kalau tidak nanti susah nak bentukkan biskut. Adunan resipi ini memang lembik, JANGAN anda tambahkan tepung. Adunan tidak sesuai untuk dicanai dan diterap. Jarakkan biskut di atas loyang pembakar. Bila dibakar ia akan kembang sedikit.

*Thanks to tuan punya resipi.

No comments:

Post a Comment