Last weekend I managed to bake 2 types of cookies:cip coklat & keju lemon. Both are delicious eventhough rupanya taklah seberapa ;) Those recipies were taken from saji (Sept 2007).
200g mentega 100g gula aising
100g gula perang 2 biji telur
340g tepung secubit serbuk penaik
250g walnut cincang 250g cip coklat
CARA MEMBUATNYA
1. Pukul mentega, gula aising dan gula perang hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul hingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung, serbuk penaik, walnut & cip coklat. Kacau hingga sebati.
4. Canai& terapkan mengikut cita rasa sendiri. (saya guna sudu je.)
5. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
50g cream cheese 30g cheddar cheese (parut)
100g mentega 75g gula
150g tepung gandum 1 tbsp tepung jagung
1 tbsp susu tepung 1/2 tsp serbuk soda
1 bj kuning telur 1 bj parutan kulit limau
Sedikit garam Badam cincang
CARA MEMBUATNYA
1. Pukul cream cheese hingga licin. Masukkan cheddar yg telah diparut & adun hingga sebati.
2. Masukkan mentega, gula, garam & pukul hingga lembut.
3. Masukkan telur & parutan kulit limau. Pukul hingga tidak berbintil-bintil.
4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & serbuk soda. Uli hingga sebati. Simpan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam.
5. Keluarkan & bentukkan. Gaul dgn badam cincang. (Guna sudu gak. Badam pulak saya pecahkan hirisan badam je.)
6. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
* Utk yg ni saya buat dua adunan sekali gus. Jadi semua bahan dua kali ganda lah*
No comments:
Post a Comment