Oct 19, 2009

BUKITTINGGI

Asalnya trip ni nak di cancel kalau tak pun tangguh disebabkan bencana gempa yang melanda Padang, Sumatera Barat.
Tapi akhirnya trip 4H3M ni diteruskan juga dengan sedikit adjustment. Sepatutnya kami akan berada 2H di Bukittinggi dan 2H terahir di Padang supaya dekat dengan airport. Agenda lawatan yang lain berjalan macam biasa.
Oh, ya. Trip ni diuruskan oleh Agensi Plus n Plus, Malaysia (promote skit) dengan kerjasama Saffira Tour, Indonesia yang menyambut kami di Bandara Internasional Minangkabau. Masa sampai kat airport tu , kebetulan ada beberapa individu yg datang utk menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa, jadi kumpulan kami (12 orang) terus bagi je barang2 yang kami sengaja bawa untuk di hulurkan kepada mangsa gempa Padang melalui mereka.
Our tourist guide was Pak Usman, Pak Wan the driver, Piki the co-driver and Azie the trainee. Lama juga nak sampai ke Bukittinggi dari airport.
Dalam pada tu ada la singgah2 kat beberapa tempat: air terjun, rumah minangkabau yg merupakan pusat dokumentasi, kedai-kedai sulaman dsbg, dan yg penting restoran. Dah lewat petang baru lah check in dan berehat. Malamnya keluar dinner selepas maghrib. Hidangan lunch dan dinner utk hari ni adalah nasi padang. Lauk pauk penuh meja.
2nd day, antara tempat kami pergi; tanah datar kot. minum kopi, makan pisang salai, dan beli kulit kayu manis. Punya lah panjang kayunya, sedepa. Yang kelakarnya kat sini, dok collect pokok2 dan biji benih. Kononnya nak balik tanam kat Mesia. Hmmm..alih2 semua tinggal kat bilik air je sbb dah layu by the 4th day i.e. hari nak balik + kelam kabut sbb morning flight and we had to leave the hotel in the wee hour. Sblm tu pergi ke rumah Ibu Hjh Rosmah. Pusat sulaman. Sulamannya memang halus dan ha ha, ala-ala rumit gak la kalau tengok yg depa dok buat tu. Harganya pun juta-jutaan. Kalau nak upah, if I'm not mistaken IDR 800k. Tapi memang berbeza lah dgn sulaman yg dijual murah2 kat Pasar Atas tu. Kalau yg murah tu adakalanya warna sulaman tu tak sepadan dgn corak kain. Tak nampak kesesuaiannya. Tapi tak kurang juga menarik dan halus sekalipun murah. Cuma sulamannya lebih simple. Hmmm...pergi mana lagi ya, 2nd day ni. Tak ingat dah. Oh, ya. Lunch hari ni in the open kat tepi sawah. Indah pemandangannya. Tingkap toilet pun mengadap sawah. Dinner lak kat Bumbu Desa. Haa..nanti restoran nak buka cawangan di Malaysia, tapi lokasinya tak tau lagi. Yang ngga enaknya sih, depa panggil kita pakcik dan makcik. Salah address lor. I muda lagi ;-)
Lepas dinner gi tengok cultural show. Ni gambar tarian piring. Melompat2 kat atas kaca. Ngeri je.

3rd day ke tasik maninjau. kena lalu kelok 44. tapi berbaloi sbb pemandangannya memang indah. Subhanallah.Kat sini lah letaknya rumah Pak Hamka. Di rumah ni ada koleksi hasil karangan Hamka, gambar2 dan beberapa item yg lain. Kat sini kita boleh tau sedikit sebanyak ttg perjalanan hidup Hamka. Penuh ranjau.

On the way balik, sblm lunch singgah makan bika dulu, buat alas. Tak tau lah buat dari apa. Tapi ada kelapa kat dalamnya dan dibakar. Makan panas2. Hmmm..yummie.
Pastu pergi ngarai (canyon) sianok. Kat kawasan ni ada lubang Jepang (terowong zaman Jepun). Tapi tak masuk lah. Guide tu tak bagi masuk sebab baru lepas gempa bumi. Keadaan tak stabil.

Pastu sambung agenda shopping sampai pasar tutup. Tak banyak pun shopping sbb tak bawa byk duit. Owh..owh..owh..yang best kitaorang jumpa benda menarik yg tak jumpa lagi kat Mesia setakat ni. Susu pekat bercoklat. Kami beli 2tin. Ni best utk buat jus alpukat. Hmmm..stok alpukat tak de lah pulak. Last day dinner, hidangan nasi timbel. Kuah manis, tak sesuai dgn selera saya.
Day 4. Pagi2 lagi dah bangun sbb kol 4.30 dah nak bertolak ke airport to catch the 8.30 a.m flight. Pagi2 tu hotel dah siapkan breakfast. Apalagi makan lah dulu sblm keluar. Singgah solat subuh di perjalanan. Sebenarnya sebelum keluar semua orang dah solat sbb dah azan. Tapi sebenarnya kat sana azan dua kali. First azan tu untuk kejutkan agaknya. Dalam 6.30 kot sampai airport. Oleh kerana pergi dgn travel agent, jadi segalanya depa uruskan. Kita goyang kaki je. Aah..talking about goyang kaki...ramai org kat Bukittinggi ni dapat duit dgn goyang kaki..he he he.. jahit sulam goyang daaaaaa. By 10 a.m dah selamat sampai di Malaysia. Alhamdulillah.

2 comments: