Apr 19, 2010

KABSA RICE

Bahan2:
Bahan A
1 ekor ayam (belah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 cawan beras basmathi ~ cuci, rendam 30 minit kemudian toskan
4 1/2 cawan (@ secukupnya) air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi

Bahan B
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 biji bawang besar ~ potong dadu
3 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 inci halia - tumbuk lumat

Bahan C

1 biji tomato ~ kisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning/ sedikit saffron
2 sudu besar rempah kabsa*
1 biji lemon hitam/ kering ~ cucuk tengahnya (kalau tak ada, lupakan saja;)
1 sudu kecil lada hitam ~ biji/ serbuk

Bahan D
1 batang karot ~ parut
1 biji capsicum merah ~ potong dadu
2 biji cili merah ~ jangan potong
1/4 cawan kismis

Garam secukup rasa & gula jika suka

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak & minyak sapi. Tumis bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan bahan C & goreng sebentar.
3. Masukkan ayam/ daging & biarkan sehingga masak. Masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan bahan D serta beras dan kacau.** Masukkan air panas secukupnya, kacau & biarkan nasi sehingga masak.
5. Kacau/ gembur nasi apabila betul2 masak selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

** sekiranya menggunakan rice cooker, masukkan semuanya ke dalam rice cooker sebelum memasukkan air panas.

~boleh dihidang bersama dgn dalca.
~untuk sos/ sambal: kisar tomato, cili hijau/ merah, batang ketumbar (kalau tak suka baunya, tak perlu letak), gula, garam & perahan jus lemon.

* rempah kabsa
Satu sudu makan cengkih, lada hitam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan buah pelaga hitam (kalau tak ada gantikan dengan pelaga biasa). Goreng semuanya tanpa minyak hingga naik bau dan angkat.

Kisar semuanya hingga hancur bersama dengan 1 sudu makan serbuk cili dan 1 sudu teh serbuk kunyit.

Simpan rempah dalam bekas kedap udara

Source: http://resepiraidah.blogspot.com/2009/11/nasi-kabsa-kambingayam.html

1 comment:

  1. rempah kabsa ni bau kuat skit. Kalau tak berapa suka bau rempah, boleh kurangkan sukatannya dalam masakan.

    ReplyDelete