Nov 26, 2008
THREAD EMBROIDERY
I'm quite satisfied with the result since this was my first thread embroidery project....
GOOD BYE!
Al-Fatihah to his soul and may he rest in peace. May Allah bless and forgive him and place him in His jannah together with the anbiya' and soliheen. Amin.
Nov 20, 2008
CHEDDAR CHEESE CAKE
Untuk kek ni saya dah modify skit resepinya. Saya kurang kandungan gula kepada 200gm sahaja dan saya gunakan susu cair, bukannya susu segar.
Rasanya memang sedap (sekalipun ianya bukan resepi 5 bintang) cuma berminyak sangat. Mungkin sebab saya sapu mentega kat loyang tu instead of letak kertas minyak. So next time, kena ingat untuk lapik loyang dgn kertas minyak supaya kek kurang berminyak.
Masa kunyah tu memang best especially kalau terkunyah cheddar cheese tu. Hmmm..yummy..
Untuk sesiapa yang nak cuba buat kek ni, dipersilakan..sekiranya anda peminat cheese saya rasa anda tak kan kecewa. Oh, ya! Saya juga dah lebihkan sukatan cheese kepada 150g/180g. Tu semua gara-gara nak habiskan cheese sebelum dia rosak. Nanti membazir pulak.
Saya perturunkan resepinya di sini:
CHEDDAR CHEESE CAKE
Sumber: Chef Alex Goh
Bahan-Bahannya:-
250 g mentega
230 g gula halus (saya kurangkan jadi 200gm je)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
80 g parutan keju cheddar (Smile put more and buat tabur kat atas kek juga) (saya masuk lebih keju & potong dadu. utk tabur atas kek, saya parut halus)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar (saya masukkan susu cair)
1 camca teh esen vanilla
Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...
*Selamat Mencuba!
Nov 16, 2008
JAKARTA, DAY 1
PLACEMAT SET
KOTA SINGA
Kami cuci mata je lah tengok barang2 yang ada tu. Kalau nak kira memang murah tp tak de niat nak shopping pun masa tu. Kiranya singgah je lah di Singapore tu sbb dah sampai JB.
Kami sembahyang zohor dan lunch di Arab street. Nasi berianinya tersohor lah kat situ dan sememangnya sedap. Kedainya bertentangan dgn Masjid Sultan yg ada kat situ.
We went to esplanade and thought of going to the merlion park and took pictures of the merlion statue there but at that time it was closed for cleaning of the statue or something. I was not sure.
Anyway, we had a good time in Singapore riding the doubledecker bus pusing keliling kota....
Nov 12, 2008
SUSHI AGAIN
I was not very satisfied when I first tried my hand at making sushi. So 2 days ago I tried to make another sushi. This time I used carrot, cucumber, crabstick, 'telur ikan' for the filling. Semuanya (kecuali telur ikan) di gaul dgn mayonis. Lepas tu susun di atas nasi. Sebelum tu sapu dulu telur ikan atas nasi tu. Kemudian baru lah letak isi tengahnya. Kali ni memang nampak lawa dan menarik skit. Rasanya pun ada improvement lah.
Nov 4, 2008
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
A few days ago, I tried to bake marble chocolate cheese cake. Truly, the cake was delicious even though I found that it was a bit oily. So, if I were to bake the cake next time, I will cut down the amount of butter used. I also must remember to use smaller baking container since the one that I used today was quite big so much so that the top layer of the chocolate mixture was not enough to cover the cheese mixture (2nd layer). Anyway, since the cake was for my own consumption, that was not a problem. Yang penting rasanya sedap. Hmmmm...yummy...
Saya perturunkan di sini resepinya:
Bahan A:
180gm mentega
20gm serbuk koko ]
1 sudu teh baking powder ] di ayak bersama
120gm tepung naik sendiri ]
170gm gula castor
3 biji telur
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung + baking powder + serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.
Bahan B:
250gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.
Cara-cara membuatnya:
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan.
2. Tuang adunan cream cheese di atasnya dan ratakan.
3. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
4. Bakar pada suhu 165 C selama 50min - 60 min ikut oven masing-masing.
5. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.
* Using my convection oven, saya bakar lebih kurang dalam 40 min je.
Source: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1609531