Nov 20, 2008

CHEDDAR CHEESE CAKE

Dalam usaha nak menghabiskan cheddar cheese (lebihan biskut raya) sebelum ianya rosak saya try cari resepi kek yang guna cheese ni. Saya terus cari kat resepidiana. Jumpa lah resepi kek ni. Dgn semangat yg berkobar2 pagi2 lagi dah masuk dapur. Dan inilah hasilnya:



Untuk kek ni saya dah modify skit resepinya. Saya kurang kandungan gula kepada 200gm sahaja dan saya gunakan susu cair, bukannya susu segar.
Rasanya memang sedap (sekalipun ianya bukan resepi 5 bintang) cuma berminyak sangat. Mungkin sebab saya sapu mentega kat loyang tu instead of letak kertas minyak. So next time, kena ingat untuk lapik loyang dgn kertas minyak supaya kek kurang berminyak.
Masa kunyah tu memang best especially kalau terkunyah cheddar cheese tu. Hmmm..yummy..
Untuk sesiapa yang nak cuba buat kek ni, dipersilakan..sekiranya anda peminat cheese saya rasa anda tak kan kecewa. Oh, ya! Saya juga dah lebihkan sukatan cheese kepada 150g/180g. Tu semua gara-gara nak habiskan cheese sebelum dia rosak. Nanti membazir pulak.
Saya perturunkan resepinya di sini:

CHEDDAR CHEESE CAKE

Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-Bahannya:-
250 g mentega
230 g gula halus (saya kurangkan jadi 200gm je)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
80 g parutan keju cheddar (Smile put more and buat tabur kat atas kek juga) (saya masuk lebih keju & potong dadu. utk tabur atas kek, saya parut halus)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar (saya masukkan susu cair)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...

*Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. nampak sedap ni.. bila nak masak pape, sms la saya. for sure sy leh dtg tolong2 pape yg patut.. eheh, atau tolong makan je =P

    ReplyDelete
  2. bukan setakat nampak sedap..tapi memang sedaaaaap ;-)

    ReplyDelete