Nov 16, 2008

PLACEMAT SET


Ribbon embroidery atau sulam riben merupakan salah satu seni jahitan yang saya minat. Kalau kat Indonesia dikenali sebagai sulam pita. Masa kat JACC di Jakarta baru-baru ni, nampak le blouse yang disulam riben ni. Tak ingat pulak harganya tapi kalau tak silap saya cukup murah kalau nak banding dgn hasilnya yang cukup cantik. Tambahan pula dijahit dgn tangan yang ambil masa 4 hari utk siap satu baju (ikut kata penjualnya lah). Sulamannya penuh dibahagian dpn baju dari atas sampai bawah. Tudung-tudung pun banyak yg disulam riben ni, atau sulam benang. Kalau sulam manik tu tak usah cakaplah.....bertimbun-timbun.....kat Jalan Tar tu banyak...macam-macam ada...yg simple..yg sarat dgn manik...huh..semua ada..tinggal pilih yg mana berkenan je...
Saya pernah gak le belajar sulaman riben ni. Tak de lah susah pun..cuma yg menjadi masalah besarnya ialah.....guess what?.....kreativity dan kesenian.... kalau kreatif dan berseni tu...hah..macam2 boleh jadi...sulaman pun nampak hidup je...tak de lah keras je (macam kat atas tu).
Ni antara hasil jahitan sulam riben yang saya pernah buat. Yang ini set placemet. 6 pelapik pinggan dan satu runner. Oleh kerana seninya kurang (semangat je ada), itu je yang mampu dibuat. Mcm lurus bendul je hasil especially kat pelapik tu. Set ni dah selamat dihadiahkan kepada seorang kenalan. Harap beliau gembira menerimanya ;-)

2 comments:

  1. kredit laa.. ok la tu.. nampak gak la seni dia sikit2.. hehe

    ReplyDelete
  2. Saya terima itu sebagai pujian..he..he..

    ReplyDelete