Jan 5, 2009

PUMPKIN SOUP

Sedap rupanya pumpkin soup ni. Malam tadi dah masak seperiuk. Tapi leceh gak nak buat sebab bila dah empuk semua bahannya, nak kena blend dan tapis. Hmmm...apa lagi...yg bab tapis tu terus skip....tapi ok je...sedap banget...cicah dgn roti...humph...yummy...
Resepinya tak berapa nak ingat sukatan lah. Ambil dari buku masakan omputih. tapi jgn risau semua bahan2nya ada kat Mesia ni.

Resepi ingat2 lupa
:
900gm labu - kupas dan potong dadu
sebatang leek -(tak letak pun sbb tak de) potong dadu
2 btg celery - potong dadu
1 bwg besar - mayang halus
4 bwg putih - tumbuk
minyak zaitun (extra virgin) - 4 sudu
air
gula, garam
150ml creamwell - saya letak whipping cream (tak tau lah...entah2 sebenarnya 2-2 ni benda yang sama je)
serbuk buah pala & serbuk lada hitam - sepatutnya yg fresh, tp kalau dah x de tu hentam ajelah yg mana ada - sedap gak rasanya, cuma mungkin bau wanginya kuranglah kot
serbuk cayenne

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak zaitun dan goreng labu beberapa minit sehingga semuanya rata dgn minyak.
2. Masukkan leek, celery, bawang putih, bawang besar - goreng sampai layu.
3. Masukkan air (semua bahan tenggelam). Rebus hingga menggelegak dan empuk.
4. Masukkan garam, gula dan lada hitam. Setelah empuk, tutup api dan sejukkan.
5. Setelah sejuk blend semuanya hingga hancur dan tapis kedalam periuk.
6. Jerang di atas api dan masukkan krim. Masak hingga menggelegak. Boleh tambah garam dan lada hitam sekiranya perlu. Masukkan juga serbuk cayenne.
(saya terlupa nak masukkan cayenne jadi saya letak masa nak makan je.)

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. saya hanya pernah mkn pumpkin soup time keje kat secret je.. tapi takde la sedap mana pun. tapi tak tau la yg version ustazah, mybe sedap kot!

    ReplyDelete
  2. yg ustazah masak semua sedap2..kih..kih..kih ;-)
    singgah le rumah sblm balik..boleh le rasa..ada lagi dok simpan dlm freezer

    ReplyDelete